12 April 2011

Salam semua pengunjung blog ini,
Adalah di maklumkan bahawa permohonan baru/penambahan saham telah di buka semula. Maksimum pelaburan yang di benarkan hanyalah RM500 shj dan permohonan melebihi RM500 perlu mendapat kelulusan daripada Bank Rakyat HQ. Kepada yang berminat untuk membuat permohonan/penambahan bolehlah melawat cawangan2 Bank Rakyat yang berhampiran.

Saya banyak menerima pertanyaan berkaitan dengan program Personal Coaching One to One Basis. Untuk makluman, program tersebut masih berjalan dan untuk pendaftaran sila isi borang pendaftaran di sebelah kanan atau hubungi terus Pn Haniza di talian 019-377 8279 atau emelkan pertanyaan anda ke zul_hami@yahoo.com Read more!

Salam semua,

Agak lama saya tidak berceloteh di blog ini di sebabkan kesibukan tugas harian. Apa2 pun topik hangat dewasa ini ialah EMAS! Ya EMAS! Ramai yang teruja dan menyimpan hasrat untuk memilikinya namun ramai juga yang tidak tahu dimana, bagaimana dan bila umtuk memilikinya. TAHNIAH kepada yang telah memulakan langkah untuk memiliki emas dan di harap tuan2/puan2 meneruskan pembelian emas sepertimana di tunjukajar semasa sessi Personal Coaching One To One Basis.

Dengan bermodalkan serendah RM200+- anda sudah boleh memilikinya. Bermula 1 Mac 2011, saya akan kemaskinikan harga jualan emas yang dijual iaitu emas PAMP SUISSE LADY FORTUNA GOLD BAR INGOT sepertimana di letakkan di sebelah kanan sekali blog ini. Anda bolehlah mendapatkannya daripada saya dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga di pasaran. Dapatkannya sekarang!!


SMS 019-3776239 atau 019-377 8279(Haniza) untuk keterangan lanjut atau emelkan ke zul_hami@yahoo.com. Read more!

MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance) biasanya di gunakan oleh pihak bank sebagai syarat mendapatkan pinjaman mereka. Kebelakangan ini pihak bank memberikan kelonggaran kepada peminjam untuk memilih pakej insuran pinjaman perumahan mengikut citarasa masing-masing. Mana satu pilihan yang terbaik untuk anda?

MRTA adalah insuran bertempoh (term insurance) yang mana nilainya semakin berkurangan berbanding masa. Ianya murah tetapi unsur simpanannya sangat sedikit atau pun hampir tiada kerana premium insuran di gunakan sepenuhnya bagi membayar kos perlindungan insuran, bukannya bagi simpanan kita. Jumlah perlindungan menyusut daripada tahun ke tahun sehinggalah tempoh perlindungan tamat. Kontrak ini hanya boleh di gunakan untuk satu rumah sahaja. Sekiranya selepas beberapa tahun, rumah ini di jual dan di beli rumah baru, insuran baru terpaksa di buat. Premium insuran ini perlu di bayar sekali gus untuk tempoh perlindungan, katakanlah premium yang perlu di bayar untuk tempoh perlindungan selama 30 tahun.

Satu cara lagi ialah mengambil insuran bertempoh tiga dalam satu iaitu anda di berikan pampasan ketika berlaku salah satu kecelakaan, samada hilang upaya kekal, mengidap penyakit kritikal ataupun meninggal dunia. Bayaran premium boleh di bayar secara tahunan, dua kali setahun, empat kali setahun ataupun setiap bulan bergantung kepada kemampuan seseorang. Nilai pampasan tetap sama dan tidak berkurang daripada setahun ke setahun walaupun baki pinjaman anda akan berkurangan. Contohnya, sekiranya nilai pampasan ialah RM200,000, nilainya akan tetap sama sehingga tamat tempoh perlindungan. Andainya peminjam meninggal dunia, waris boleh menggunakan wang pampasan tersebut untuk menyelesaikan baki pinjaman perumahan dan lebihannya boleh digunakan untuk tujuan sendiri ataupun waris meneruskan bayaran ansuran pinjaman dan menggunakan wang pampasan tersebut untuk membayar hutang peminjam atau menyelesaikan bayaran cukai pendapatan peminjam. Kontrak insuran ini juga mempunyai sedikit nilai tunai jika ianya di tamatkan sebelum tamat tempoh, peminjam akan di berikan sedikit nilai tunai.

Untuk mengetahui pelan perlindungan pinjaman perumahan yang ada di pasaran, saya syorkan anda mendapatkanya daripada ejen insuran yang boleh menerangkannya secara terperinci lagi........

***********************************************
Kami menganjurkan program PERSONAL COACHING ONE TO ONE BASIS. Penyertaan TERHAD untuk 30 orang peserta setiap bulan. Hubungi  Pn Haniza di talian 019-377 8279 atau emel ke zul_hami@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan tempat. Bertindaklah sekarang sebelum terlambat.
******************************************************
Read more!

Dahulu saya ada menulis artikel berkenaan dengan matlamat kewangan kita yang boleh anda baca di http://www.asasteguh.com/2008/08/apakah-matlamat-anda-sudahkah-anda.html

"Kita perlu mempunyai matlamat kewangan dan apabila kita sudah mempunyai matlamat, kita akan merancang bagaimanakah kita boleh mencapai matlamat kita itu. Kenapa matlamat kewangan sangat penting? Apabila kita dah ada matlamat, kita akan berusaha untuk mendapatkannya dan apa yg paling penting untuk mencapai matlamat kewangan kita ialah dengan berdisiplin dalam menguruskan kewangan kita dan kita akan menumpukan usaha kita itu dengan usaha yang gigih. Dengan perancangan yang betul mudah untuk kita mencapai matlamat kita".

*********************************************************************
Kami menganjurkan program PERSONAL COACHING ONE TO ONE BASIS. Penyertaan TERHAD untuk 30 orang peserta setiap bulan. Hubungi  Pn Haniza di talian 019-377 8279 atau emel ke zul_hami@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan tempat. Bertindaklah sekarang sebelum terlambat.
*********************************************************************


Read more!

From: nor hafiza 
To: ZulBM 
Sent: Sat, June 19, 2010 12:58:52 AM
Subject: Re: od ASB



wsalam....
sorry baru baca email....
sy amat berpuas hati..
Tq:)...

From: ZulBM 
To: nor hafiza 
Sent: Mon, June 7, 2010 2:09:48 PM
Subject: Re: od 

Salam,
Terima kasih dan saya berharap you berpuashati dgn sessi penerangan yg di beri pada hari sabtu lepas. 


Kami menganjurkan program PERSONAL COACHING ONE TO ONE BASIS. Penyertaan TERHAD untuk 2013 orang peserta sahaja untuk bulan June 2010. Hubungi  Pn Haniza di talian 019-377 8279 atau emel ke zul_hami@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan tempat. Bertindaklah sekarang sebelum terlambat.




Read more!

Saya menerima emel drpd kawan saya mengenai cerita yg bertajuk di atas dan terlintas di hati saya utk berkongsi dengan anda semua.

Ikhlas,
ZulBM

****************************************************************

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.... " Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit  itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.  Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."


Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?  Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

********************************************************************************

Kami menganjurkan program PERSONAL COACHING ONE TO ONE BASIS. Penyertaan TERHAD untuk 2014 orang peserta sahaja untuk bulan June 2010. Hubungi  Pn Haniza di talian 019-377 8279 atau emel ke zul_hami@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan tempat. Bertindaklah sekarang sebelum terlambat.

Read more!

DUIT

Posted by ZulBM | | 0 comments »



Apa yg anda faham tentang DUIT? Adakah ianya penting? Adakah ianya matlamat hidup kita? Bagaimana nak mendapatkan >>>>DUIT? Apa yang kita perlukan lakukannya utk mendapatkannya? Mungkin ini boleh di jadikan panduan......
D=Doa
U=Usaha
I=Ikhtiar
T=Tawakal

Kami menganjurkan program PERSONAL COACHING ONE TO ONE BASIS. Penyertaan TERHAD untuk 2015 orang peserta sahaja untuk bulan June 2010. Hubungi  Pn Haniza di talian 019-377 8279 atau emel ke zul_hami@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan tempat. Bertindaklah sekarang sebelum terlambat.

Read more!

Sekiranya di tanya, apakah aset yang paling berharga yang anda miliki (nyawa, keluarga dan kesihatan baik tidak diambil kira), apakah jawapan ANDA???? Read more!

  • Selalu bertengkar dengan pasangan anda berhubung soal kewangan dan hutang.
  • Nisbah hutang lebih tinggi daripada pendapatan.
  • Mempunyai lebih daripada satu kad kredit.
  • Menggunakan had kad kredit sehingga maksima.
  • Hanya membayar bayaran minimum hutang kad kredit.
  • Selalu menangguhkan pembayaran bil bulanan boleh menyebabkan hutang yang tertunggak.
  • Terlalu banyak berhutang dengan saudara mara atau rakan.
  • Tidak dapat/sukar tidur malam
Sekiranya anda mempunyai salah satu tanda-tanda di atas, anda memerlukan personal coaching one to one basis. Penyertaan TERHAD untuk 10 orang sahaja untuk bulan Mei 2010. Hubungi  Pn Haniza di talian 019-377 8279 atau emel ke zul_hami@yahoo.com untuk pertanyaan dan tempahan tempat. Bertindaklah sekarang sebelum terlambat........ Read more!

Dapatkan SEKARANG!

Posted by ZulBM | | 0 comments »

Read more!

Posted by ZulBM | | 0 comments »

"BETAPA NIKMATNYA MEMBACA AL-QURAN KALAU FAHAM KATA PER KATA DARI SETIAP AYAT SEPERTI ORANG ARAB"

Read more!