Posted by ZulBM | | 0 comments »

Apakah matlamat anda? Sudahkah anda tetapkan matlamat? Apa sebenarnya yang anda inginkan? Rumah besar? Kereta besar? Bini besar!!! Hahahah gurau aje. Dalam perancangan kewangan, urutan prosesnya adalah seperti berikut:

Proses Perancangan Kewangan
1. Tentukan matlamat.
2. Tetapkan jangkamasa
3. Analisa dan pengstrukturan semula
4. Perancangan dan perlaksanaan
5. Pemantauan perlaksanaan
6. Kajian semula (jika perlu)

Tentukan matlamat kita! Apakah impian hidup kita? Berikut adalah petikan daripada wawancara Irfan Khairi dengan Dato' Dr Azman Ching apabila beliau di ajukan soalan berkaitan dengan matlamat.

"Bila kita punyai matlamat kecil maka kecillah hasilnya, dan sekiranya kita punyai matlamat yang besar maka besarlah hasilnya. Tetapi setiap orang wajib dan mesti ada matlamat dalam kehidupan mereka kerana sekiranya anda mempunyai matlamat, anda akan nampak impian anda akan tercapai".

Tambahnya lagi, setiap matlamat itu mestilah mempunyai jangkamasanya iaitu jangkamasa singkat (dalam masa beberapa bulan), sederhana atau pertengahan ( diantara 3 - 5 tahun) dan jangkamasa panjang (10 - 20 tahun) untuk mencapai sesuatu matlamat itu.

Contohnya, Ali, orang muda yang baru tamat pengajian dan sekarang bekerja dengan sebuah syarikat swasta. Ali merasakan dengan pendapatannya yang dikira baik mengikut pasaran sekarang, beliau mula merangka matlamatnya. Matlamat singkatnya ialah untuk berkahwin dalam masa 8 bulan daripada sekarang. Dewasa ini berkahwin memerlukan perbelanjaan yang agak besar, sekurang2nya RM 10k - RM 15K (ini dikira perbelanjaan yang sederhana). Selepas berkahwin pula dan mempunyai cahayamata, matlamat sederhana beliau pula ingin memiliki rumah dalam masa 3 tahun lagi sementara matlamat jangkamasa panjang beliau, dalam masa 10 tahun mendatang beliau ingin bersara awal dan mempunyai simpanan dan pendapatan pasif yang cukup untuk hidup seleps bersara awal.

Bolehkah matlamat tersebut di capai dalam masa yang di nyatakan itu? Jawapannya, BOLEH dan TIDAK BOLEH, sebab semua itu akan menjadi kenyataan bergantung kepada perancangan, sikap dan disiplin diri.

Rezeki itu tidak datang bergolek tanpa kita berusaha. Minat sahaja pun tidak akan berhasil kiranya tiada perancangan yang teliti dan berusaha kearahnya. Seseorang itu perlu peka dan perlu bertindak dengan segera dan peluang di cari bukannya ditunggu. Ini di antara perkara2 yang perlu Ali teliti.

Sementara itu Jutawan Hartanah, Azizi Ali menyatakan bahawa matlamat itu ibarat destinasi, untuk sampai kedestinasi itu, seseorang itu perlu berusaha untuk sampai kedestinasi tersebut, mungkin dengan cara memandu sendiri, atau dengan menaiki teksi. Kita juga perlu meneliti jalan yang senang, tiada masalah trafik seperti jam dan dalam masa yang sejam kita akan sampai kedestinasi tersebut.

Anda di jemput untuk menghadiri Workshop Pengurusan Kewangan Peribadi Komprehensif yang akan di adakan di Putrajaya pada 23 Ogos ini nanti. Maklumat lanjut, sila klik ikon berikut:-




0 comments